Hospital Setiu business logo picture

Hospital Setiu


Background
Claim business

Hospital Setiu mula dibina pada oktober tahun 2000 dalam Projek Rancangan Malaysia ke - 7, pembinaan dijalankan oleh syarikat Turnkey Project (HSS-KKM JV Sdn Bhd). Hospital ini mula diserahkan kepada KKM pada 24 Julai 2003 dengan bilangan katil sebanyak 76 katil. Hospital Setiu mempunyai keluasan 8.3 hektar dari 16.2 hektar luas kawasan Hospital, terletak di Kg Pak Kancil, Mukim Tasik , Bandar Permaisuri, Daerah Setiu. 2km dari Bandar Permaisuri ,72km dari Kuala Terengganu dan 40km dari Besut. Hospital Setiu juga menjadi pusat rujukan bagi 4 buah klinik kerajaan dan 13 buah klinik desa. Mata pencarian utama bagi Penduduk sekitar ialah berasaskan pertanian dan perikanan.


Service /Price Details

KAUNTER DAFTAR MASUK WAD DAN KAUNTER HASIL

Kaunter Daftar Masuk Wad dan Kaunter Hasil bagi bayaran beroperasi 24 jam.

 Dokumen Yang Diperlukan

Borang Rujukan Masuk Wad, Kad Pengenalan/Passport atau Surat Beranak, NomborTelefon (jika ada), Alamat semasa dan Surat Jaminan / Dokumen berkaitan.

 BAYARAN

A.  Orang Awam (Warganegara Malaysia)

i.  Bayaran Deposit

    Jenis Rawatan Kelas 3
    Perubatan RM 20
    Pembedahan RM 30
    Orthopedic RM 30
    ENT RM 20
    Obstetric RM 15
    Gynaecology RM 20
    Paediatric RM 20

 ii.  Bayaran Wad dan Rawatan (Akta Fee 1951)

Kelas Caj Wad Sehari Caj Rawatan Sehari
Kelas 3 RM 3 Percuma

 B.  Orang Awam (Warganegara Asing)

i.  Bayaran Deposit

    Jenis Rawatan Kelas 3
    Perubatan RM 400
    Pembedahan RM 800
    Orthopedic RM 800
    Obstetric RM 800
    Gynaecology RM 400

*  UNHCR/Pelarian dikenakan caj separuh daripada deposit dan jumlah bil

**  Bagi kes-kes obstetrik yang melibatkan isteri/suami warganegara asing, sila kepilkan surat nikah yang telah didaftarkan dimana-mana pejabat agama dalam Malaysia untuk mendapatkan kadar bayaran warganegara Malaysia

 ii.  Bayaran Wad dan Rawatan (Akta Fee 1951)

Kelas Caj Wad Sehari Caj Rawatan Sehari
Kelas 3 RM 40 RM 10

 C. Pegawai Kerajaan

i.  Sila bawa Surat jaminan

ii. Keluarga pegawai kerajaan yang boleh mendapat rawatan percuma

  •  Isteri/suami
  •  Ibubapa kandung
  •  Ibubapa tiri/angkat - sertakan surat pengesahan seperti surat nikah, surat pengesahan anak angkat
  •  Anak kandung - kurang 18 tahun atau kurang daripada 21 tahun jika masih belajar, dengan menyertakan surat pengesahan tempat belajar
  •  Anak tiri/angkat – sertakan sijil nikah ibubapa atau surat pengesahan anak angkat
  •  Anak-anak OKU

 D. Pesara Kerajaan

i.  Sila bawa salinan dan Kad Pesara asal untuk pengesahan

ii.  Keluarga pesara kerajaan yang boleh mendapat rawatan percuma

  •  nama yang terdapat pada kad pesara sahaja
  •  anak berumur bawah 18 tahun atau kurang daripada 21 tahun jika masih belajar, dengan menyertakan surat pengesahan tempat belajar

E. Pekerja Swasta

i.  Sila bawa surat jaminan bagi majikan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

ii.  Caj dikenakan mengikut kadar yang dikenakan keatas orang awam Warganegara Malaysia atau Warga Asing.

Start share your experience with Hospital Setiu today!