Hospital Seberang Jaya business logo picture

Hospital Seberang Jaya


Information
Claim business

Hospital Seberang Jaya merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Pulau Pinang, Malaysia. Hospital Seberang Jaya merupakan salah satu hospital utama di Pulau Pinang. Ia terletak di kawasan strategik Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang berhampiran Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan kawasan perindustrian Prai dan Bukit Mertajam.

Hospital Seberang Jaya dibina dan direka berdasarkan konsep Hospital Nukleus. Kos pembinaannya telah menelan belanja sebanyak RM92.2 juta. Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd, John Laing International Ltd dan Unit Turnkey Jabatan Kerja Raya telah bertanggungjawabkan bagi pembinaan hospital ini.

Hospital Seberang Jaya siap dibina pada Februari 1995 dan mula beroperasi pada 1 April 1995. Perasmian pembukaan Hospital Seberang Jaya telah disempurnakan oleh Tun Datuk Seri Dr. Mahathir bin Muhammad iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia, pada 21 April 1995.

Hospital Seberang Jaya dan Hospital Bukit Mertajam telah digabung pada Januari 2001 bagi membentuk Rangkaian Hospital Seberang Perai (RHSP) dan diletakkan di bawah satu pentadbiran yang sama. Pentadbiran kedua-dua hospital ini telah diletakkan di bawah satu pusat tanggungjawab yang diketuai oleh Pengarah (Pengarah Hospital Seberang Jaya) dan Timbalan Pengarah (Pengarah Hospital Bukit Mertajam). Gabungan ini bertujuan untuk mengoptimakan kesemua kemudahan sumber manusia yang terdapat di kedua-dua hospital ini supaya dapat menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Penyusunan semula organisasi telah dibuat di mana beberapa unit perkhidmatan klinikal telah ditempatkan di Hospital Bukit Mertajam. Unit-unit klinikal umum yang lain mula beroperasi di kedua-dua hospital. Bahagian pentadbiran dan kewangan telah dipusatkan di Hospital Seberang Jaya. Setakat ini, terdapat 12 wad dan 314 katil di Hospital Seberang Jaya.

 

Waktu Melawat Pesakit di Hospital Sebrang Jaya:

Monday-Friday

1.00pm-2.00pm @ 5.00pm-7.30pm

Saturday, Sunday & Public Holidays

1.00pm-7.30pm


Service /Price Details

 

Caj sehari bagi seorang

Kelas Satu:

 

Bilik seorang (berhawa dingin)

RM80

Bilik seorang (tidak berhawa dingin)

RM60

Bilik berdua (tidak berhawa dingin)

RM40

Bilik lebih dari dua

RM30

Kelas Dua

RM20

Kelas Tiga

RM3

Reviewer profile
2.6
  • Quality
  • Friendliness
  • Value of Money
  • Waiting Time
Nak kata tak bagus.layanan yg mak saya dapat agak bagus.cuma semasa nk di discharge terpaksa tunggu sehingga berjam2 lamanya.akibat terpaksa tunggu doktor punya sign sahaja..adakah patut keadaan ni.sedangkan kami terpaksa menunggu hingga ke petang .jawapan yg diterima Dari jururawat tetap sama kena tunggu doktor yang lagi satu..sedangkan jururawat pon blh bawak ke doktor andaikata doktor sibuk..tp macam xda keperihatan langsung untuk mempercepatkan urusan..apa bila bertukar shift jawapan yang sama juga diterima Dari jururawat .tak kan nk discharge pon susah sampai menyusahkan..pihak atasan HSJ beri la sedikit perhatian tentang benda yg remeh temeh ni..bkn nk wat surgery pon
by
Reviewer profile
2.2
  • Quality
  • Friendliness
  • Value of Money
  • Waiting Time
Dah la kena admit dri petang semalam, doc ckp nk bgi ubat calamine utk deman campak, smpi ke pagi ni xdapat2.kami nk lena pon xbleh dgn gatai, pedih..dah la kami pregnant. Doc mai cek dkt 4,5 org, ubat haram xdpt2 lagi
by