Hospital Duchess of Kent business logo picture

Hospital Duchess of Kent


Information
Claim business

Hospital Duchess of Kent, Sandakan merupakan hospital kerajaan berpakar yang terletak di bandar kedua terbesar di Sabah -- Sandakan, Pantai Timur Sabah; yang juga digelar sebagai "Bandar Raya Alam Semula Jadi". Jarak hospital adalah 3.2 kilometer dari pusat bandar utama Sandakan. Saiz kawasan hospital meliputi keluasan 42.93 ekar, manakala kawasan bangunan hospital adalah seluas 2,245.3 meter per segi.

Hospital Duchess of Kent mempunyai 4oo buah katil dan merupakan hospital rujukan bagi hospital-hospital dan fasiliti kesihatan luar daerah. Dengan infrastruktur sedia ada, kawasan liputan operasi Hospital Duchess of Kent, Sandakan meliputi seluruh bahagian Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Telupid.

Perkhidmatan kepakaran di hospital ini merangkumi Pembedahan Am, Perubatan Am, Orthopedik, Kecemasan & Trauma, Pediatrik, Obstetrik & Ginekologi, Anestesiologi, Oftalmologi, Otorinolaringologi, Psikiatri dan Radiologi. Di samping itu, hospital juga memberi Perkhidmatan Pakar Lawatan seperti Pembedahan Plastik, Pembedahan Pediatrik, Nefrologi, Neuromedical dan Neurosurgery.

Dengan kepakaran-kepakaran yang ada, hospital ini memainkan peranan sebagai institut latihan bagi pelatih-pelatih biasiswa, pelatih kejururawatan, pelatih penolong pegawai perubatan, pelatih juruteknik makmal perubatan, fisioterapi dan pengurusan kesihatan.

Perkhidmatan sokongan klinikal yang terdapat di hospital ini termasuklah Farmasi & Bekalan, Patologi, Pengimejan dan Diagnostik, Kerja Sosial Perubatan, Sajian & Dietitik, Pensterilan, Rekod Perubatan & Dokumentasi, Pemulihan Cara Kerja, Fisioterapi, Hemodialisis, Kesihatan Awam & Inspektorat, Promosi Kesihatan, Forensik, Pusat Jagaan Harian dan Penjagaan Paliatif.

Hospital Duchess of Kent merupakan hospital yang pertama di Sabah memberikan perkhidmatan perubatan Tradisional dan Komplementari (Traditional & Complementary Medicine) yang mula beroperasi pada 14 Disember 2009 dan telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia pada 31 Januari 2010.

 

Waktu Melawat Pesakit di Hospital Duchess Of Kent:

Monday-Friday

6.00am-7.00am @ 12.30pm-2.00pm @ 4.30pm-7.30pm

Saturday, Sunday & Public Holidays

6.00am-7.30am @ 12.30pm-7.30pm


Service /Price Details

Bahagian 1 - Jabatan Pesakit Luar Am

Hospital dan Klinik

Caj bagi satu lawatan 
(termasuk segala Siasatan)

Hospital Besar

RM1.00

Hospital Daerah

RM1.00

Poliklinik

RM1.00

Bahagian 2 - Jabatan Pesakit Luar Pakar

Jenis rujukan kepada klinik pakar

Caj bagi satu rawatan

Rujukan daripada pegawai perubatan kerajaan

Percuma bagi lawatan pertama, RM5 untuk setiap "follow-up" (termasuk segala siasatan)

Rujukan daripada Pengamal Persendirian

RM30 bagi lawatan pertama, RM5 untuk setiap "follow-up" (tidak termasuk siasatan)

Kes-kes "follow-up" yang telah keluar daripada wad

RM5 bagi satu rawatan (termasuk segala siasatan)

Bahagian 3 -Perkhidmatan Di Luar Hospital

PerkhidmatanPerubatan Di Luar Hospital

RM150 untuk setiap lawatan selain dari apa-apa tuntutan bagi perjalanan, sara hidup dan penginapan mengikut kadar yang ditentukan oleh Kerajaan

Bahagian 4 - Rawatan Pesakit Dalam

  Caj sehari bagi seorang

Kelas Satu

RM10

Kelas Dua

 RM 5

Kelas Tiga

Percuma

Bahagian 5 - Accouchmen Dan Bersalin

  Kelas Satu Kelas Dua Kelas Tiga

Pembedahan Caesarean

RM800 RM400 RM100

Bersalin Forcep

RM400 RM200 RM50

Bersalin Breech

RM400 RM200 RM50

Bersalin Biasa

RM300 RM150 RM10

Bahagian 6 - Wad Am Dan Wad Bersalin

 

Caj sehari bagi seorang

Kelas Satu:

 

Bilik seorang (berhawa dingin)

RM80

Bilik seorang (tidak berhawa dingin)

RM60

Bilik berdua (tidak berhawa dingin)

RM40

Bilik lebih dari dua

RM30

Kelas Dua

RM20

Kelas Tiga

RM3

Reviewer profile
4.1
  • Quality
  • Friendliness
  • Value of Money
  • Waiting Time
The doctors are friendly and helpful,and the nurses in the female surgical ward are skillful as I don't feel so painful during the shots...
by
Reviewer profile
2.1
  • Quality
  • Friendliness
  • Value of Money
  • Waiting Time
Please dont ever leave the front/registration counter at the emergency ward empty/unmanned. No one forced you to work at a hospital, so if you dont like your job, just quit... Alot of other people would gladly take your place.
by