Hospital Changkat Melintang business logo picture

Hospital Changkat Melintang


Information
Claim business

Hospital Changkat Melintang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Perak, Malaysia. Ia terletak kira-kira enam kilometer dari PekanBota Kanan.

Hospital Changkat Melintang dilengkapi dengan 50 katil sebagai salah satu antara usaha kerajaan memastikan tahap kesihatan penduduk luar bandar berada terjaga.

Hospital Changkat Melintang telah mula dibina pada tahun 1971 dengan keluasan kira-kira 8.4 hektar. Hospital Changkat Melintang telah dibuka secara rasmi pada 23 Febuari 1973 oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein. Hospital Changkat Melintang menawarkan perkhidmatan seperti rawatan untuk pesakit luar, klinik pakar, rawatan harian, farmasi, wad bersalin, rawatan kecemasan dan pelbagai lagi.

Selain itu, Hospital Changkat Melintang turut dilengkapi dengan kemudahan lain kepada pengunjung seperti surau, kantin, taman permainan kanak-kanak, telefon awam dan pelbagai lagi.

Selain perkhidmatan rawatan di Hospital Changkat Melintang, penduduk sekitar Bota Kanan juga boleh mendapatkan rawatan kesihatan yang disediakan di Klinik Desa Bota Kanan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Pekan Bota Kanan.

Hospital Changkat Melintang turut menawarkan rawatan untuk penagih dadah iaitu Klinik Terapi Gantian Metadon bermula sejak 15 Jun 2011 sebagai bantuan kepada mereka yang ingin pulih dari penyalahgunaan dadah.

Bil katil :  50 
Taraf hospital : Hospital Tanpa Pakar 
   
Jenis kepakaran  Perkhidmatan yang diberikan Masa rawatan
Psikiatri Klinik Lawatan Pakar Psikiatri Jumaat (minggu ke4) : 8.00-1.00
Pembedahan Klinik Lawatan Pembedahan Khamis (minggu ke 2) : 8.00-1.00
Perubatan Klinik Lawatan Perubatan Selasa (minggu ke 4) : 8.00-1.00
Paediatrik Klinik Lawatan Pediatrik Khamis (minggu ke 4): 8.00-1.00
Obstetriks & Ginekologi Klinik Lawatan Obstetriks & Ginekologi Khamis (minggu ke 3) ; 8.00-1.00
Nefrologi Hemodialisis  Isnin, Rabu , Jumaat : 7.00-9.00 malam
Selasa, Khamis, Sabtu, Ahad : 7.00- 5.00
  Klinik Dada Isnin-Jumaat : 8.00-5.00
Rehabilitasi Fisioterapi Isnin-Jumaat : 8.00-5.00
Reviewer profile
3.4
  • Quality
  • Friendliness
  • Value of Money
  • Waiting Time
Terima kasih nurse2 wad lelaki atas layanan mesra ketika anak saya menerima rawatan d wad tersebut
by
Reviewer profile
1.6
  • Quality
  • Friendliness
  • Value of Money
  • Waiting Time

3/4/2018

Service sangat buruk dan teruk. Layanan di kaunter juga kurang memuaskan. Mengapa tidak didahulukan kepada orang-orang tua yang telah uzur. Mengambil masa yang lama. Apakah staff yang bekerja hanya seorang sahaja? Tidak logik sekiranya sekalipun ada pesakit yang telah meninggal dunia pada tarikh tersebut apakah staff yang bekerja pada waktu ini hanya tertumpu pada jenazah tersebut hingga layanan yang dikira kurang sopan terhadap pesakit lain juga diabaikan. Harap pengarah pandang hal ini sebagai pembaikpu dalam membangun hospital tersebut. Dan arahkan staff yang bekerja lebih sopan dalam percakapan. Utamakan dahulu pesakit yang benar perlukan rawatan bukan meletakkan mereka ini diluar hingga terpaksa menunggu lama memandang mereka adalah kebanyakan pesakit yang sudah tua usianya.

by