Hospital Alor Gajah business logo picture

Hospital Alor Gajah


Information
Claim business

Hospital Alor Gajah merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Hospital ini mula beroperasi pada tahun 1906. Pada 2012, Hospital Alor Gajah ditukarkan ke bangunan baru di Jalan Paya Datuk. Hospital Alor Gajah yang baru ini dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan kos RM110 juta.

Keputusan membina hospital berkenaan bagi menggantikan hospital sedia ada yang telah uzur malah sudah berusia lebih 100 tahun. Projek pembinaan Hospital Alor Gajah yang baru ini bermula pada 5 September 2008 dengan kapasiti 78 unit katil selain dilengkapi pelbagai kemudahan rawatan seperti dewan bedah, dewan bersalin, unit rawatan kecemasan dan peralatan kemudahan perubatan yang canggih.

Hospital ini juga merupakan satu-satunya hospital dilengkapi pendingin hawa sehingga ke dalam wad wad Kelas 3 termasuk kemudahan kediaman bagi kakitangan hospital itu.

 

Waktu Melawa Pesakit di Hospital Alor Gajah:

Monday-Friday

12.30pm-2.00pm @ 4.30pm-7.00pm

Saturday, Sunday & Public Holidays

12.30pm-7.00pm

Reviewer profile
1.9
  • Quality
  • Friendliness
  • Value of Money
  • Waiting Time
Saya dari kl balik ke kg...dan mendapatkan rawatan disini...staff utk register di klinik pesakit luar kurang sopan...menengking2...mcm ni ke cara melayan pesakit...
by
Reviewer profile
4.0
  • Quality
  • Friendliness
  • Value of Money
  • Waiting Time
Systematic but a bit gloomy environment
by