Dr. See Kwee Ching business logo picture

Dr. See Kwee Ching

Reviewer profile
Menurut Dr See, di Malaysia, ramai yang tidak mengambil berat mengenai kesan yang dihadapi oleh seseorang akibat kekurangan zat besi.Kajian terkini yang dilakukan mendedahkan, kekurangan zat besi semasa bayi boleh mengakibatkan masalah yang lebih besar semasa tempoh pembesaran walaupun selepas diberikan rawatan. "Masalah ini termasuklah koordinasi, daya ingatan dan pembelajaran yang kemudiannya akan menjejaskan mutu pelajaran dan potensi dalam hidup. Banyak faktor dilihat menyumbang kepada keadaan kekurangan zat besi dalam kalangan kanak-kanak termasuk penyusuan susu ibu yang tidak lengkap dan tali pusat yang dipotong terlalu cepat sebaik sahaja selepas bayi dilahirkan. Sebaiknya berikan tempoh sekurang-kurangnya 45 saat hingga satu minit sebelum tali pusat dipotong supaya bayi mendapat lebih zat besi. Namun demikian, perkara yang paling membimbangkan mengenai akibat daripada kekurangan zat besi ialah ia dikaitkan dengan perkembangan otak bagi jangka masa yang lama.
by