Dr Shazly Bin Safian business logo picture

Dr Shazly Bin Safian

Reviewer profile
592908 review images

Saya mengalami sakit dan kembung di bahagian perut sudah beberapa hari, dan saya terus datang ke Pantai Hospital Laguna Merbok selepas saya mengetahui bahawa di sini ada menyediakan pakej Kolonoskopi iaitu Skop Pemeriksaan Usus.

Saya dirawat oleh Dr Shazly iaitu Pakar Perunding Bedah Am. Saya di rawat dengan begitu baik oleh beliau. Saya berpuas hati atas servis yg diberikan oleh beliau. Jururawat di Wad 1 juga banyak membantu dan ramah dengan saya dan keluarga saya.

Terima kasih Pantai Hospital Laguna Merbok kerana menyediakan pakej-pakej seperti ini yang sangat membantu pesakit.

by
Reviewer profile
594686 review images

“Saya adalah pesakit buah pinggang dan saya menjalani rawatan Hemodialisis di Pantai Hospital Laguna Merbok. Saya sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh semua jururawat di bahagian Dialisis dan Dr Eason Chang, Pakar Perunding Buah Pinggang dan perubatan dalaman.

Saya dinasihatkan oleh Dr Eason untuk melakukan Prosedur ‘Av Fistula’ Arteriovenous fistula iaitu pembedahan tapak dialisis baru dengan Pakar Perunding Bedah Am, Dr Shazly Safian. Setelah pembedahan tapak dialisis selesai, saya berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh Dr Shazly. Setiap penerangan yang diberikan sangat mudah untuk saya faham.

Ini adalah kali pertama saya menjalani rawatan dan pembedahan dengan Dr Shazly. Semuanya berjalan lancar dan saya merasa selesa dan senang ketika menjalani rawatan dengan Dr Shazly. Begitu juga Dr Eason yang sentiasa merawat saya dengan begitu baik di bahagian hemodialisis.”

by