Saya mengalami sesak nafas dan sakit di bahagian perut setelah pulang dari kerja. Isteri saya terus menghubungi ambulans Pantai Hospital Laguna Merbok kerana saya sudah tidak mampu untuk bergerak kerana mengalami sesak nafas.
Setelah diperiksa oleh Dr Shazly Safian di bahagian kecemasan, saya diberitahu bahawa perlu menjalani pemeriksaan OGDS iaitu Skop pemeriksaan perut. Setelah selesai menjalani pemeriksaan tersebut, saya tidak merasa sakit sama sekali. OGDS yang dijalankan pun sangat pantas tanpa saya sedar.
Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik sahaja, saya hanya mengalami gastrik yang menyebabkan saya sakit di bahagian perut dan sukar bernafas. Terima kasih kepada Dr Shazly dan Pihak Kecemasan kerana memberikan servis yang pantas dan terbaik