Dr. Mazlin bt Mohd Baseri business logo picture

Dr. Mazlin bt Mohd Baseri

Reviewer profile
Menurut Dr Mazlin Baseri, walaupun hiperhidrosis tidak menjejaskan kesihatan keseluruhan namun ia boleh dianggap sebagai 'bencana' kepada aktiviti sosial penghidapnya. Punca sebenar sehingga kini masih tidak diketahui, namun ia berlaku hampir kepada kebanyakan orang. Menurutnya, hiperhidrosis dibahagikan kepada dua kategori iaitu hiperhidrosis setempat (focal) dan hiperhidrosis menyeluruh (general). Hiperhidrosis setempat berlaku hanya di sesetengah kawasan badan sahaja seperti di bahagian ketiak manakala hiperhidrosis menyeluruh melibatkan keseluruhan kawasan badan. Biasanya keadaan tersebut berlaku kerana tindak balas daripada penyakit-penyakit lain yang dihadapi penghidap.
by
Reviewer profile
SOPAK atau dalam bahasa perubatannya vitiligo merupakan sejenis penyakit kulit yang membuatkan penghidapnya mempunyai kulit bertompok-tompok putih yang tidak mempunyai pigmen. Menurut Dr Mazlin, kebanyakan kes yang melibatkan penyakit sopak ini sering berlaku kepada mereka yang berumur di bawah 20-an, Namun, ia boleh 'menyerang' sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia atau jantina. Walaupun sopak bukanlah suatu penyakit berjangkit ataupun penyakit yang boleh mengancam nyawa, Dr. Mazlin memberitahu, ia boleh merosakkan kehidupan penghidapnya.
by