26 Jan-1 Feb 2019 - Petrol Price Prediction - Malaysia

[TERKINI] Mulai saat ini, harga minyak akan diumumkan pada setiap hari Jumaat dan harga minyak rasmi akan segera berkuatkuasa pada hari berikutnya, iaitu Sabtu. 

Harga minyak RON97 naik sebanyak 6 sen kepada RM2.28 seliter manakala diesel naik 12 sen kepada RM2.17 seliter pada minggu 19-25 Januari 2019. 

Perlu diingatkan bahawa anggaran harga bagi RON95, RON97 dan diesel ini agak jauh berbeza dengan harga terkini kerana ini adalah ramalan kami yang pertama untuk tahun 2019 setelah hampir 7 bulan berhenti dari membuat pengiraan dan anggaran. Maka, teruskan setia bersama kami agar kami dapat menyalurkan infomasi yang lebih tepat dari masa ke semasa. :)

Berikut adalah jadual harga jangkaan kami dan juga harga terkini bagi RON97 :  

Minggu  Anggaran Harga Rasmi
5-11 Jan 2.116 RM2.23
12-18 Jan 2.232 RM2.22
19-25 Jan 2.260 RM2.28
26 Jan-1 Feb  2.309 ???

Harga jangkaan dan harga rasmi diesel: 

Minggu Anggaran  Harga Rasmi 
5-11 Jan 2.024 RM2.04
12-18 Jan 2.090 RM2.05
19-25 Jan 2.146 RM2.17
26 Jan-1 Feb  2.194 ???

Harga Minyak RON95 Terkini

Dalam pembentangan bajet 2019 yang berlangsung pada 2 November 2018 yang lalu, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng ynag menyatakan bahawa "sistem harga apungan secara mingguan" akan digunapakai semula menjelang Januari 2019. Beliau menjelaskan bahawa keputusan ini harus dibuat berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia. Tambah beliau lagi, bermula tahun 2019, subsidi minyak akan diberikan secara bersasar.

Ini bermaksud harga minyak akan kembali berubah-ubah setiap minggu dan sudah menjadi tugas kami di sini untuk membuat penggiraan dan ramalan harga minyak Malaysia supaya anda boleh mendapat gambaran yang lebih jelas dan tidak berasa terkejut mahupun mempersoalkan mengapa harga minyak tiba-tiba naik suatu hari nanti.

Pengiraan kami melibatkan analisa trend jangka panjang dan juga jangka pendek bagi RM dan USD dan harga minyak process (Refined Oil). Selain itu ianya juga bergantung pada faktor-faktor ekonomi Malaysia. Oleh sebab itu, kami akan cuba sedaya upaya kami untuk mengemaskini ramalan dan pengiraan kami dari masa ke masa.

Jadual di bawah menunjukkan Harga ‘Refined Oil’ (dari Singapura ‘Gasoil Platts’, purata tempat, bulan kedua dan ketiga) dan data penukaran Ringgit (dari Bank Negara Malaysia, Masa penutup adalah 5 petang) untuk bulan ini. Jika nada berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai formula yang kami gunakan, rahsianya tersembunyi di sini : Formula Harga Minyak

DATE GASOIL, USD USD / RM
1 January, 2019 66.19 4.1385
2 January, 2019 67.30 4.139
3 January, 2019 66.73 4.1425
4 January, 2019 68.81 4.1395
7 January, 2019 70.76 4.1105
8 January, 2019 70.97 4.113
9 January, 2019 72.30 4.114
10 January, 2019 73.23 4.0955
11 January, 2019 73.06 4.096
14 January, 2019 73.14 4.0975
15 January, 2019 72.28 4.0975
16 January, 2019 73.43 4.1125
17 January, 2019 73.10 4.109
18 January, 2019 74.10 4.116
21 January, 2019 74.46 4.116
22 January, 2019 73.60 4.128
23 January, 2019 73.95 4.1335

Kami berharap projek ini dapat memberi manfaat kepada anda. Akhir kata, jangan terlalu selesa dengan apa yang ada sekarang, sebaliknya sentiasalah terpijak di bumi yang nyata. Tak semuanya kekal dalam muka bumi ini.  Sekian, terima kasih.

Formula on Calculation

Ron95 Petrol Price Analysis

Share