Perbandingan Pelan Mudah Alih Telco di Malaysia

Rangkaian telekomunikasi adalah salah satu keperluan yang menjadi keutamaan asas di dunia pada masa kini. Lebih-lebih lagi dalam sektor bisnes mahupun tujuan santai. Ramai memerlukan rangkaian telco ini untuk pelbagai motif dan terdapat pelbagai kategori pengguna yang dapat kita lihat, majoritinya dari seorang pekerja, pelancong mahupun pelajar. Seperti mana diketahui, pada era ekonomi merosot kini banyak perkara yang boleh mendatangkan kerugian kepada kita jika tersilap langkah mahupun dalam membuat pilihan dan keputusan.

Celcom, Maxis, DiGi dan U Mobile merupakan 4 pilihan utama rakyat Malaysia dan rangkaian telekomunikasi yang bersaing rapat antara satu sama lain. Oleh itu, masih ramai buntu dan keliru dalam memilih rangkaian yang terbaik dan berbaloi untuk dijadikan rangkaian utama mereka. Kerana itu, kami telah meringkaskan beberapa tawaran terbaik dari setiap rangkaian untuk memudahkan anda membuat pilihan dengan lebih tepat dan terperinci.

  1. Pek Permulaan Pra-bayar, Kadar Panggilan dan SMS, Internet dan Tawaran Percuma

Tak dinafikan ramai pengguna telco gemar untuk berbual tanpa had, lebih lebih lagi jika dapat panggilan percuma. Oleh itu, U Mobile Power menawarkan kadar panggilan yang begitu menarik! Hanya 10 sen/seminit ke semua rangkaian anda dapat menghubungi rakan-rakan anda dengan hanya serendah 10 sen! Bukan itu sahaja, anda juga akan ditawarkan panggilan percuma (jika anda tambah nilai prabayar anda RM10 mingguan) anda akan dapat 150 min dan 15 min percuma setiap hari hanya ke semua rangkaian U Mobile.

Jika anda inginkan panggilan percuma dengan tempoh yang lama, DiGi Prabayar Smart ada menawarkan panggilan tanpa had percuma kepada 3 orang Buddyz! Anda boleh memilih rakan atau keluarga terdekat untuk anda membuat panggilan tanpa had dengan hanya 3 pengguna DiGi! Tak kira siang atau malam. Panggilan percuma tanpa had sah melainkan Prabayar anda kekal aktif! Tidak lupa, Hotlink Fast memberi tawaran Hotlink Weekend Super Savers, di mana anda boleh membuat panggilan jimat dengan kadar serendah RM1 setiap hujung minggu sah dari pukul 12 tengahari hingga 11.59 malam.

Bagi yang gemar ber-SMS tanpa had mahupun SMS percuma, DiGi Smart memberi tawaran hebat SMS percuma tanpa had kepada 3 Buddyz anda dan Hotlink Fast menawarkan hanya 1 SEN PER SMS kepada 10 pengguna Maxis yang anda boleh pilih sendiri! (Active10) dan 12 sen per SMS ke semua rangkaian lain.

Tak dapat disangka lagi, kini ramai yang suka melayari internet tanpa had dimana-mana sahaja. Sama ada dalam mahupun luar negara. U Mobile UMI 50 menawarkan 12GB Internet asas percuma setiap bulan dan 4GB internet percuma dengan tambah nilai minima RM10 setiap bulan! Bukan itu sahaja, bagi yang betul-betul gemar dan memerlukan internet yang kuat dan pantas. Xpax Magic Sim menawarkan internet 4G 7GB dengan hanya RM68 sebulan!! Tak lupa juga, Hotlink Fast menawarkan internet 4G 8GB percuma setiap bulan untuk sepanjang hayat! Tetapi ia diabahagikan kepada 2GB pada setiap hujung minggu sahaja! (1GB Sabtu dan 1GB Ahad). Tiada bayaran tambahan jika anda mengekalkan akaun Hotlink anda sentiasa aktif. Kedua-dua pek prabayar ini anda boleh dapatkan dengan hanya RM50 sebulan.

 

  1. Plan Pascabayar.

Bagi plan pascabayar pula, kebanyakkannya pasti mencari plan internet yang terbaik. Celcom First Platinum memberi tawaran yang begitu luar biasa! Internet 4G 60GB dengan hanya RM150 sebulan! Jika ingin dibandingkan plan ini jauh lebih murah dengan plan MaxisOne Plan 188 iaitu 20GB internet untuk RM188 sebulan. Plan ini sangat sesuai kepada pengguna yang amat mementingkan dan memerlukan data internet yang bagus untuk kehidupan seharian. Dengan 60GB sebulan, ianya dibahagikan 30GB hari minggu dan 30GB hujung minggu (7.5GB Sabtu dan Ahad). Bukan itu sahaja, plan ini sah sehingga ke luar negara rangkaian celcom! Sangat berbaloi dan tepat untuk anda yang sering ke luar negara mahupun melancong.

Untuk harga dan tawaran yang mengikut bajet anda dan yang inginkan harga lebih murah lagi, anda boleh melanggan Hero Postpaid P70, hanya RM70 sebulan untuk 15GB data internet termasuk percuma Video Onz internet tanpa had! Plan ini sangat sesuai bagi anda yang tidak kerap menggunakan servis internet tetapi mahukan kelajuan internet yang pantas dan gemar menonton Youtube pada harga murah. Plan Pascabayar U Mobile banyak menawarkan plan internet dengan harga murah, tetapi lagi berbaloi untuk anda melanggan Hero Postpaid P70 berbanding U28 dan U50, RM28 dan RM50 sebulan yang hanya ditawarkan 3GB dan 5GB internet, dimana anda boleh dapatkan data internet lebih kurang harganya dengan plan Prabayar U Mobile UMI 26 (6GB sebulan) dan UMI 50 (12GB sebulan). Dalam hal ini, anda harus membuat keputusan dengan bijak.

Plan Pascabayar biasanya akan memberi panggilan dan SMS percuma bukan hanya tawaran daripada Celcom. Malah U Mobile, DiGI dan Maxis juga! Bagi pelanggan dan pengguna Platinum First Gold dan First Platinum anda akan ditawarkan panggilan percuma tanpa had. Tetapi lagi bertuah jika anda ingin bertukar ke MaxisOne Plan kerana setiap plan tersebut anda akan ditawarkan panggilan percuma dan SMS percuma tanpa had! Bagi setiap plan DiGi Postpaid juga anda ditawarkan percuma panggilan tetapi 10 sen/sms caj ke semua rangkaian.

Malangnya, panggilan dan SMS percuma tidak ditawarkan kepada pelanggan Pascabayar First Blue Celcom dan U28/P50 U Mobile. Di mana, anda hanya dapat 50 minit panggilan, 50 SMS percuma dan Plan Pascabayar U Mobile U28 dan P50 menawarkan 50 minit panggilan dan 3 sen per SMS/300 SMS percuma.

  1. Akses iFlix Tanpa Had.

Lebih manarik lagi, bagi anda yang suka menonton filem dan drama lokal mahupun antarabangsa secara percuma, dengan melanggan Pascabayar U Mobile, Celcom dan DiGi. Anda akan ditawarkan akses iFlix secara percuma tanpa had dari Pascabayar U Mobile Hero tanpa had selagi akaun anda kekal aktif! Juga, akses iFlix dari Pascabayar Celcom selama setahun! Dan akses percuma iFlix dari mana-mana Pascabayar MaxisOne untuk tempoh 3 bulan!

  1. Keluasan Liputan

Menurut OpenSignal, Celcom mendapat tempat yang tertinggi kerana mempunyai liputan 4G dan kelajuan terbaik di Malaysia. Merujuk laporan mereka dalam masa 3 bulan, pengguna celcom lebih kerap menggunakan rangkaian 4G LTE sehingga membuatkan kelajuaan purata 5.20Mbps. Secara kesuluruhannya rangkaian 4G Celcom menyampaikan kelajuan purata 13Mbps dan Celcom jatuh ke tempat pertama.

Antara keempat-empat operator ini, U Mobile jatuh ke tempat terakhir kerana kelajuan rangkaiannya yang lebih rendah dan lebih terhad keluasan liputannya. Seperti di semenanjung Malaysia hanya beberapa kawasan sahaja dapat syarat talian U Mobile. Seperti di Sabah dan Sarawak, hanya Serian, Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau sahaja mampu mendapat isyarat talian yang jelas. Manakala operator lain, dapat memberi isyarat secara meluas.

 

  1. Perbandingan Kelajuan

sumber: OpenSignal

Metrik ini menunjukkan purata kelajuan muat turun yang dialami oleh pengguna di semua rangkaian. Bukan sahaja kelajuan 3G dan LTE, tetapi pada setiap teknologi rangkaian. Rangkaian liputan LTE yang rendah lebih cenderung untuk mempunyai kelajuan keseluruhan yang lebih rendah. Ini disebabkan pengguna setiap rangkaian lebih menghabiskan masa untuk berhubung dengan rangkaian 3G yang lebih perlahan.

Merujuk daripada metrik di atas, U Mobile, DiGi dan Maxis menunjukkan persaingan yang seri dalam kelajuan muat turun dan purata LTE muat turun yang dihantar kelajuannya majoriti adalah antara 12 dan 14 Mbps, dan hampir untuk menghasilkan tiga hala keputusan seri statistik. Jika ingin dibandingkan dengan perbezaan kelajuan purata di semua rangkaian. U Mobile muncul sebagai pemenang dengan keseluruhan kelajuan muat turun sebanyak 13.84 Mbps.

Kesimpulannya

Kami harap dengan perbandingan dan cadangan Prabayar dan Pascabayar yang kami berikan ini dapat membantu anda menyelesaikan keraguan dan ketidakpastian anda dalam memilih rangkaian utama anda dengan bijak. Oleh itu, kami juga berharap anda memeriksa dan meneliti terlebih dahulu dengan pakej prabayar dan pascabayar yang kami cadangkan untuk lebih kepastian yang terperinci.

 

Share