Pakar Mata popular di Johor-Malaysia

Mata merupakan salah satu organ yang penting untuk setiap individu. Mata bukan sahaja digunakan untuk melihat tetapi ia juga sangat penting bagi kita untuk meneroka dunia. Oleh disebabkan itu, janganlah kita mengambil remeh tentang kesihatan mata. Kita perlu sentiasa peka dan rajin untuk mendapatkan pemeriksaan mata daripada pakar mata yang berpengalaman dan dipercayai. Jadi, di sini LookP.com telah menyenaraikan beberapa Pakar Mata yang terkenal di Johor.

1. Dr Tan Siow Wei

Dr Tan Siow Wei adalah seorang pakar bedah oculoplastik yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada tahun 1999 beliau lulus dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapat kelulusan Sarjana Oftalmologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2007. Beliau  merupakan pakar dalam bidang Oculoplastik dan pembedahan Estetik, lacrimal dan gangguan orbit. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pembedahan rejuvinasi kelopak mata dan kawasan periorbital, penyakit lacrimal seperti penyumbatan saluran air mata ( mata berair), penyakit orbit termasuk penyakit mata tiroid, penyakit yang berkaitan dengan trauma seperti keretakan dinding orbit, laserasi kelopak mata atau saluran air mata serta penyakit ketumbuhan (tumor) kelopak mata atau orbit bagi dewasa dan kanak-kanak.

2. Dr. Yip Kong Yake
Dr. Yip Kong Yake telah mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di Mangalore University, India. Beliau juga telah memperolehi Sarjana Perubatan Oftalmologi dari National University of Singapore (NUS) dan Fellow di Royal College of Surgeon United Kingdom. Dr. Yip Kong Yake merupakan seorang Consultant Part Time Oftalmologi di Regency Specialist Hospital, Johor. Berdasarkan pengalaman pesakit, beliau merupakan seorang doktor yang berpengetahuan luas serta mesra terhadap pesakitnya. Anda boleh membuat temu janji dengan beliau di Regency Specialist Hospital, Johor.

3. Dr Shanti Subramaniam
Dr. Shanti Subramaniam telah mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan dan Ijazah Sarjana Muda Obstetrik dari University of Dublin, Ireland. Bukan itu sahaja, beliau memperolehi Master Surgery dalam bidang (Oftalmologi) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga telah mendapat kelulusan Oftalmologi di Royal College of Physicians & Surgeons of Glasgow, United Kingdom dan Majlis Antarabangsa Oftalmologi di Cambridge. Kepakaran Dr. Shanti khusus dalam General Ophthalmology - termasuk management of cataracts, glaucoma, diabetic retinopathy, yang mempunyai kepentingan dalam pediatric Ophthalmology and LASIK. Anda boleh bertemu dengan beliau di Hospital Pakar Puteri dan Hospital Pakar Regency.

4. Dr Mohamed Asri Halili

Dr. Asri mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang (M.D) Ophthalmology dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Malaysia. Kemudian, beliau telah mendapat kelulusan (M.S) Oftalmologi di Universiti Malaya, Lembah Pantai Kuala Lumpur. Kepakaran Dr Mohamed Asri khusus dalam bidang Oftalmologi iaitu General Ophthalmology. Beliau juga merupakan seorang doktor yang mesra dengan pesakitnya. Pesakit boleh menghubungi Dr.Asri di KPJ Johor Sepecialist Hospital.

5. Dr. Jawiah Binti Hassan
Dr. Jawiah adalah seorang pakar Ophthalmology di Johor. Beliau merupakan seorang pakar Oftalmologi di Hospital Pantai (Batu Pahat). Dr. Jawiah sangat disenangi oleh pesakitnya kerana sikapnya yang mesra serta mampu memberikan anda nasihat yang bersesuaian berkaitan kesihatan mata kita. Dr. Jawiah juga telah memperolehi MD dalam bidang Oftalmologi dari Universiti Sains Malaysia. Beliau juga telah mendapat kelulusan Master dalam bidang Oftalmologi Surgery dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Anda boleh membuat temujanji untuk berjumpa dan mendapatkan perkhidmatan beliau di Pantai Hospital Batu Pahat.

6. Dr. Sahimi Sulaiman
Dr. Sahimi mempunyai kelulusan (MD) dalam bidang (Oftalmologi) dari Universiti Sains Malaysia (USM). Selain itu, pada tahun 2000 beliau telah mendapat M.S (Oftalmologi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Kini, beliau merupakan seorang Pakar Mata Oftalmologi di Puteri Specialist Hospital, Johor. Anda boleh menghubungi serta mendapatkan perkhidmatan beliau di Hospital Pakar Puteri.

7. Indah Specialist Centre

Indah Specialist Centre terletak di Bukit Indah (Johor Bahru). Indah Specialist Centre adalah simbol kecemerlangan perubatan dalam ophthalmic health care. Indah Specialist Centre ini juga dimiliki dan dikendalikan oleh pakar mata yang terlatih serta mempunyai komitmen dalam penjagaan mata yang komprehensif dan rawatan yang terbaik. Misi ini adalah untuk mengurangkan risiko kebutaan serta mengelakkan masalah penglihatan yang teruk dengan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang penyakit mata. Selain itu, Indah Specialist Centre juga menyediakan bahan-bahan dan maklumat percuma berkaitan kesihatan mata serta peralatan yang canggih bagi rawatan mata.

8. Vista Eye Specialist (Johor Bahru)

Vista Eye Specialist yang berada di Johor, terletak di tempat yang strategik serta mudah bagi pesakit untuk mencari dan mendapatkan perkhidmatan mereka. Vista Eye Specialist merupakan pusat pakar mata yang menyediakan perkhidmatan general eye care, vision evaluation, glaucoma screening for diabetic eye disease, pediatric eye care, age-related macular degeneration, corneal diseases, dry eye, eye corporate screenings serta banyak lagi rawatan yang berkaitan dengan mata. Vista Eye Specialist juga pakar dalam beberapa perkhidmatan yang khusus seperti no-blade cataract surgery, LASIK, visian ICL, reading vision dan pterygium excision with corruption (glue). Jadi, anda boleh menhubungi Vista Eye Specialist untuk membuat temujanji dengan pakar mata mereka.

9. Optimax Eye Specialist (Johor)
Optimax Eye Specialist merupakan syarikat swasta, tetapi selain mengekalkan keuntungan, Optimax Eye Specialist juga mengekalkan kepakaran, perkhidmatan yang terbaik serta tanggungjawab sosial mereka sebagai pembekal perkhidmatan perubatan. Bukan itu sahaja, Optimax Eye Specialist juga menyediakan perkhidmatan terbaik mereka kepada rakyat dengan membantu dalam pemulihan penglihatan mereka yang kurang bernasib baik melalui penajaan cataract surgery, dan penajaan percuma bagi eye health screening serta kelas percuma khusus untuk kesihatan mata bagi masyarakat setempat. Jadi, anda boleh menhubungi dan membuat temujanji dengan pakar - pakar di Optimax Eye Specialist untuk mendapatkan pemeriksaan mata yang terbaik.

Senarai di atas merupakan Pakar mata dan Pusat Pakar Mata yang terkemuka di Johor. Jika anda sedang mencari pakar-pakar mata selain daripada senarai di atas sila klik di sini. Anda juga boleh klik pada senarai di atas untuk memberi komen atau berkongsi pengalaman anda dengan LookP.com. Jika anda mempunyai sebarang cadangan lain, anda digalakkan untuk menulis komen di ruangan bawah atau hubungi kami.
Selain itu, kami juga menyediakan senarai Pakar mata dan Pusat Pakar Mata di Kuala Lumpur & Selangor dan juga di Penang, Malaysia. 

Share