Pakar Kulit Di Johor

Kulit merupakan organ yang terbesar dalam badan. Kulit yang sihat menggambarkan kesihatan badan dan akan bertindak sebagai penghalang terhadap sebarang kecederaan dan bakteria. Tetapi, terdapat juga segelintir yang menghadapi masalah kulit seperti penyakit kulit atau alahan. Jadi kita perlu sealu berjumpa dan mendapatkan pemeriksaan daripada pakar dermatologi / kulit untuk mengelakkan masalah kulit kita menjadi lebih serius.
Berikut adalah beberapa pakar kulit di Johor dari LookP.com.

  1. Ko Skin Specialist

Dr. Ko Chung Beng adalah pengasas KO Skin Specialist yang ditubuhkan pada tahun 1997. KO Skin Specialist menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan dermatologi seperti pembedahan kosmetik. Hari ini, KO Skin Specialist diiktiraf sebagai salah satu pusat dermatologi dan laser yang terkemuka di Asia oleh pakar-pakar kulit profesional dan pelanggan dari seluruh dunia.

KO Skin Specialist bukan sahaja menggunakan peralatan dan teknik moden, tetapi mereka juga menyediakan perkhidmatan kakitangan yang berpengalaman dan mesra pelanggan. Ko Skin Specialist akan menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan berpatutan mengikut kesesuaian masalah kulit anda. Untuk makluman anda, KO Skin Specialist adalah salah satu specialist centre yang terkenal dan disyorkan oleh ramai blogger.

  1. Revival Medical Clinic

Revival Medical Clinic mendapat sambutan dan komen yang positif dari pelanggan mengenai perkhidmatan dan layanan yang mereka berikan kepada pesakit mereka. Dr. Felicia dan jururawatnya yang baik dan mesra pelanggan  merupakan salah satu faktor Revival Medical Clinic menjadi popular dan terkenal di kalangan masyarakat. Revival Medical Clinic ini diasaskan oleh Dr. Jeff Khoo, merupakan  estetik dari Malaysia dan Dr. Tan pun pakar estetik dari Singapura.

Revival Medical Clinic menyediakan pelbagai rawatan perubatan untuk menjaga kecantikan dan kesihatan kulit termasuk keguguran rambut, kedutan, anti-penuaan terapi, penapis, kehilangan tenaga, pengurusan berat badan, penyakit degeneratif, rawatan laser, dan lain-lain.

Selain itu, Revival Medical Clinic menawarkan khidmat nasihat dan rawatan untuk semua jenis penyakit kulit seperti ruam, psoriasis, rosacea, ekzema, selulitis, impetigo, ulser, jangkitan kulat kuku, ulser mulut, dermatitis dan semua jenis penyakit kulit. Teknologi canggih yang mereka gunakan dalam perubatan regeneratif memberikan anda peluang untuk mendapatkan perkhidmatan dan rawatan yang bersesuaian serta canggih di Malaysia.

  1. Laser Lipolisis and Mediceuticel Clinic

Laser Lipolisis and Mediceuticel Clini8c terletak di tengah - tengah pusat bandar Johor Bahru. Laser Lipolisis and Mediceuticel Clinic secara rasmi ditubuhkan pada tahun 2003. Selain itu, Laser Lipolisis and Mediceuticel Clinic menyediakan perkhidmatan yang komprehensif untuk pelanggan mereka dengan pelbagai rawatan untuk mencapai matlamat kosmetik dan kepuasan pelanggan mereka. Dengan estetik yang canggih dengan peralatan yang lengkap, Laser Lipolisis and Mediceuticel Clinic menawarkan pelbagai rawatan yang khusus untuk membantu pelanggan mereka mencapai matlamat mereka.

Laser Lipolisis and Mediceuticel Clinic menawarkan pelbagai rawatan dari penjagaan badan untuk keremajaan kulit, dan semua rawatan ini dijalankan dengan standard profesional yang tinggi oleh doktor dan jururawat yang terlatih. Selain itu, Laser Lipolisis and Mediceuticel Clinic juga memastikan piawaian tertinggi dikekalkan dengan konsisten dalam segala rawatan dan perkhidmatan yang mereka beri pada pelanggan.

 

  1. Hon Aesthetic Clinic

Aesthetic Clinic menyediakan pelbagai rawatan, perkhidmatan dan ubat-ubatan untuk semua jenis masalah kulit dan tanda-tanda penuaan melalui kaedah Aesthetic Medicine. Sesetengah rawatan Aesthetic Medicine boleh memberikan hasil yang kekal,  tetapi terdapat juga masalah kulit yang perlu dirawat beberapa kali untuk merawat masalah kulit tersebut. Perubatan Estetik adalah salah satu bidang yang sedang berkembang pesat dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada orang ramai. Di samping itu, Aesthetic Clinic juga bertanggungjawab melakukan kajian serta menemui rawatan dan perkhidmatan baru yang berkesan untuk pelanggan mereka. Dr Hon Aesthetic Clinic menyediakan pelbagai rawatan estetik dan rawatan prosedur invasif minimum untuk masalah kulit seperti jerawat, jerawat batu, double eyelid, sculpting badan, tattoo removal, rambut gugur, dan sebagainya. Selain itu, Dr Hon Aesthetic Clinic juga menyediakan perkhidmatan dan rawatan yang terbaik untuk pelanggan mereka. Pelanggan jelas memberikan maklum balas yang positif kepada mereka selepas mereka cuba perkhidmatan dan rawatan dari mereka.

  1. Dr. Seah Hood Pau

Dr. Seah Hood Pau adalah Pakar kulit yang diiktiraf oleh National Specialist Register dan Kementerian Kesihatan. Dr. Seah Hood Pau juga merupakan ahli Dermatological Society of Malaysia/ Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM).

Dr. Seah menamatkan ijazah dalam MBBS dari Universiti Malaya. Selain itu, beliau juga menamatkan diploma dalam Dermatologi dan Venerology di University of London.

Dr. Seah mempunyai kliniknya sendiri iaitu Dr. Seah Skin Specialist Clinic. Berdasarkan pelanggan beliau, segelintir daripada mereka menyatakan rawatan di Dr. Seah Skin Specialist Clinic agak tinggi kosnya tetapi rawatan yang diberikan memang memuaskan. Anda boleh menghubungi Dr. Seah untuk maklumat lanjut.

  1. Dr. Choon Siew Eng

Dr. Choon Siew Eng ialah doktor kulit yang diiktiraf oleh National Specialist Register dan Kementerian Kesihatan. Selain itu Dr. Choon Siew Eng juga merupakan ahli Persatuan Dermatologi Malaysia. Beliau kini bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru sebagai ketua Jabatan Dermatology. Selain tugas klinikal, beliau juga merupakan ahli jawatankuasa Malaysia’s National working committee untuk ubat-ubatan dermatologi dan membantu untuk menilai ubat-ubatan baru yang berkaitan dermatologi bagi pendaftaran di Malaysia. Dr. Choon merupakan Penyelaras klinikal bagi Projek Pilot Teleprimary Care Negeri Johor, dan juga pemantau penggunaan teledermatology di seluruh Malaysia.

  1. Dr. Chua Kong Cheng

Dr. Chua Kong Cheng telah mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dalam Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan di Universiti Karnatak, India. Beliau mendapat pensijilan di bawah National Specialist Register dalam Internal Medicine. Selain itu, Dr. Chua melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Internal Medicine di Universiti Malaya. Beliau juga mendapat diploma post-graduate di Praktikal Dermatology, di Universiti Cardiff. Kini, Dr. Chua adalah perunding pakar kulit di Mahkota Medical Center, Melaka dan di Putra Specialist Hospital, Melaka dan Johor.

  1. Dr. Lynda Quah May Lu

Dr. Lynda Quah telah mendapatkan latihan perubatan dermatologi beliau dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Malaysia dan diploma post graduate dalam primary care clinical dermatology qualification klinikal di Institute of Dermatology, Bangkok. Beliau juga merupakan pakar dalam kosmetik perubatan(bukan pembedahan) dan mempunyai minat yang mendalam dalam rawatan estetik dan dermatologi berkaitan peremajaan kulit. Beliau mempunyai minat dalam bidang perubatan estetik dan selalu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental mereka. Berdasarkan Dr Lynda Quah, beliau percaya bahawa semua orang boleh menjadi cantic.

  1. Dr. Fong Poh Huat

Dr. Fong Poh Huat mempunyai sebuah klinik persendirian iaitu Klinik Ho dan Fong di Skudai, Johor. Beliau adalah seorang doktor kulit yang diiktiraf oleh National Specialist Register dan Kementerian Kesihatan. Dr. Fong juga merupakan ahli Dermatological Society of Malaysia/ Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM). Kebanyakkan pelanggan yangmendapatkan perkhidmatan di Klinik Ho and Fong akan memberi komen yang baik terhadap perkhidmatan serta harga yang ditetapkan oleh Dr.Fong. Dr. Fong bekerja bersama-sama dengan isteri beliau di klinik sendiri. Isteri beliau juga merupakan seorang doktor.

  1. Dr. Goh Hui Ying

Dr. Goh Hui Ying adalah salah satu daripada pakar kulit yang bekerja di Dr. KO klinik. Beliau mendapat Sijil dalam Perubatan Estetik (AAAM, Amerika Syarikat). Beliau juga mendapatkan lulusan MD dari USM.

Dr. Goh mempunyai minat dalam perubatan estetik. Beliau percaya kecantikan adalah karya seni. Dengan prosedur invasif atau bukan invasif minimum, setiap orang boleh menjadi cantik.

Setiap orang yang menghidapi masalah kulit yang berbeza dari segi gejala dan tahap keseriusan. Malah, terdapat juga masalah kulit yang boleh bersifat sementara atau tetap, dan ada juga masalah kulit yang menyakitkan atau tidak menyakitkan serta boleh meragut nyawa. Selain itu, terdapat juga segelintir yang mendapat penyakit kulit  disebabkan oleh genetik. Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda penyakit kulit, jangan tunggu lagi! Anda perlu berjumpa dengan pakar kulit secepat mungkin.

Selain daripada senarai Pakar Kulit yang popular di Johor, kami juga menyediakan senarai Pakar Kulit yang popular di Kuala Lumpur & Selangor dan Penang. Jika anda mempunyai sebarang cadangan yang lain, anda boleh menulis komen di ruangan bawah atau hubungi kami.

Share