Harga Minyak Ron95 16-22 Ogos 2018 - Malaysia

Secara rasminya, pihak kerajaan baru telah menetapkan harga petrol pada kadar seperti di bawah dan telah pun menghentikan kaedah pengiraan harga runcit minyak yang lama di negara kita. Pengumuman ini telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang akbar yang berlangsung pada 16 May 2018. Setakat ini, tiada penjelasan lanjut mengenai tempoh kadar harga minyak ini akan dikekalkan.

Minggu Jangkaan Harga Rasmi
19-25 Jul 2.368 RM2.20
26 Jul-1 Ogs 2.365 RM2.20
2-8 Ogs 2.429 RM2.20
9-15 Ogs 2.389 RM2.20
16-22 Ogs 2.425 RM2.20

Harga Minyak Ron97 terkini

Harga Minyak Diesel terkini

Pada Mac 2017, kerajaan mengumumkan bahawa harga petrol akan diumumkan setiap minggu Rabu, dan harga baru akan berkuatkuasa mulai hari Khamis. Namun setelah kerajaan beralih pucuk kepimpinan pada 10 May 2018, kaedeh ini telah dihentikan serta-merta. Jadi, tugas kami untuk membuat ramalan harga minyak menjadi agak sukar sedikit namun ianya tidak memadamkan semangat kami untuk menyediakan infomasi terkini mengenai harga minyak negara kita.

Ramai yang tidak tahu, sebenarnya ramalan yang kami usahakan ini mendatangkan manfaat kepada pembaca. Dengan adanya ramalan ini, kami dapat memberi sedikit gambaran sebenar harga semasa minyak agar anda tidak terkejut sekiranya kadar ini tiba-tiba berubah suatu hari nanti. Selain itu, anda juga dapat mengetahui kadar subsidi minyak petrol dan diesel yang diberikan oleh kerajaan dengan membandingkan harga minyak yang diramal dengan harga selepas diberi subsidi.

Persoalannya, berapa lamakah kadar minyak ini dapat kekal berikutan harga minyak dunia yang semakin meruncing? Adakah kerajaan akan menurunkan harga minyak andai harga minyak dunia mengalami penurunan? Sama-samalah kita menanti jawapannya. :)

Berbalik semula pada perbincangan kita, jangkaan ini adalah agak tepat dan berada dalam sisihan lingkungan 3 sen dalam analisa kami. Keputusan ini adalah berdasarkan tempoh sederhana dan pendek untuk Minyak Proses (Refined Oil, MOGAS Singapore 95) dan kekuatan Ringgit Malaysia dalam Pasaran Mata Wang. Kalau anda berminat tentang formula yang dipakai, rahsianya tersembunyi di sini: Cara Analisa Harga Minyak 

Harap projek ini dapat memberi manfaat kepada anda. Akhir kata, jangan terlalu selesa dengan apa yang ada sekarang, sebaliknya terpijak di bumi yang nyata. Tak semuanya kekal dalam muka bumi ini.  Sekian, terima kasih.

Harga Minyak Ron97 terkini

Harga Minyak Diesel terkini

Share