Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Peguam di Malaysia

Peguam kelihatan begitu berkaliber jika dilihat di dalam filem, namun hakikatnya ianya tidaklah begitu mudah seperti yang ditunjukkan di dalam televisyen. Di sini saya akan menjelaskan mengapa saya berkata begitu. Undang-undang digubal di dalam sesebuah negara bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat kepada orang ramai. Undang-undang dapat  menghalang seseorang individu daripada melakukan perkara negatif di mana boleh menjejaskan kehidupan orang lain. Peguam merupakan individu yang mengamalkan undang-undang sebagai seorang peguam, peguam bela, peguam cara, kaunselor atau seorang eksekutif undang-undang bertauliah. Meskipun anda merupakan pelajar lulusan perundangan, namun tidak semestinya anda perlu menjadi seorang peguam sahaja. Terdapat banyak pilihan pekerjaan lain yang boleh dijadikan sebagai kerjaya. Baik ataupun buruk itu semua bergantung pada pilihan dan keputusan anda. 

Di sini ada beberapa pilihan pekerjaan lain yang berkaitan dengan undang-undang:

Kateria yang dikehendaki untuk menjadi seorang peguam adalah sangat mudah seperti yang ditunjukkan di bawah:

  1. Mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang (L.L.B) daripada universiti yang diiktiraf
  2. Jika ia bukan dari sebuah universiti tempatan, maka anda akan perlu menduduki peperiksaan dipanggil CLP (Sijil Amalan Guaman)
  3. Anda juga perlu lakukan “Chambering” selama 9 bulan di bawah sebuah firma undang-undang atau peguam yang berpengalaman luas sebelum anda boleh kerja sendiri
  4. Selepas chambering, anda akan dipanggil ke Badan Peguam dan berdaftar dengan Majlis Peguam. Hanya orang yang berdaftar dengan Majlis Peguam sahaja dianggap sah tak kisah sama ada mereka adalah sebuah firma guaman mahupun peguam
  5. Terdapat juga yuran tahunan yang perlu dibayar oleh seorang peguam pada setiap tahun untuk memperbaharui lesen amalan mereka. Jumlah yang perlu dibayar ialah RM 920 kepada Majlis Peguam, RM 125 kepada Jawatankuasa Badan Peguam dan juga anda perlu membayar akauntan untuk Laporan Akauntan dan membayar premium untuk ganti rugi professional

Selepas anda selesai membuat Chambering dan mendapat lesen amalan, terdapat tiga perkara yang boleh anda lakukan sebagai seorang peguam:

  • Bekerja sebagai peguam di sebuah firma undang-undang dan naik pangkat secara beransur-ansur
  • Membuka firma undang-undang anda sendiri dengan seorang atau lebih rakan sekerja
  • Membuat secara bebas

Apa saja pilihan anda, sila pastikan anda telah mendaftar dengan Majlis Peguam dan pastikan maklumat anda dikemas kini dari masa ke masa. Salah satu cara orang awam mencari seorang peguam adalah melalui senarai yang disediakan oleh Majlis Peguam. Jadi, jika anda mahu ditemui pastikan maklumat diri anda dikemaskini.

Di Malaysia, seorang peguam tidak memerlukan sijil khusus bagi bidang undang-undang yang khusus. Anda boleh lakukan di mana-mana cawangan undang-undang yang anda pilih. Pengkhususan dipilih dalam tiga (3) keadaan iaitu:

  • Ketika melakukan chambering di firma yang mempunyai pelbagai khusus, senior atau mentor anda akan membenarkan anda untuk membuat  hanya satu pengkhususan seperti undang-undang keluarga
  • Ketika melakukan chambering dalam satu firma yang membuat pengkhusususan. Anda hanya mengikuti apa yang senior dan mentor anda lakukan seperti undang-undang kemalangan
  • Ketika melakukan chambering, anda akan dapat mengenal pasti, jabatan yang mana yang boleh memberi pulangan yang banyak dan membuat keputusan untuk berlatih di jabatan itu seperti undang-undang harta

Di Malaysia dan Singapura, seorang peguam dibenarkan untuk menjadi kedua-dua peguam iaitu peguam bela dan peguam cara tapi berbeza pula di England di mana peguam cara tidak boleh menjalankan amalan sebagai peguam bela dan sebaliknya. Peguambela adalah peguam yang mengendalikan segala hal berkaitan mahkamah manakala peguam cara adalah peguam yang memberi tumpuan kepada hanya melakukan kertas kerja.

Biasanya di dalam sesebuah firma, pelanggan akan mencari kedua-dua jenis peguam ini ataupun seorang peguam yang boleh melakukan kedua-duanya. Kedua-dua jenis peguam boleh bekerjasama dan menjana pendapatan mereka dengan mudah  dan membantu antara satu sama lain untuk apa-apa jenis perbicaraan.

Jadi, di sini adalah ringkasan maklumat mengenai bagaimana seseorang itu boleh menjadi seorang peguam di Malaysia. Harap maklumat ini dapat  membantu pelajar-pelajar di luar sana yang telah memilih jalan ini sebagai kerjaya mereka. Sebarang maklumat yang perlu ditambah atau perlu dikeluarkan, sila komen di bawah atau hubungi kami secara peribadi.

Share