Farzwa De-Attaher Emir Bin Farit Emir, DJ Fuzz business logo picture

Farzwa De-Attaher Emir Bin Farit Emir, DJ Fuzz


Background
Claim business

Farzwa De Attaher Emir atau dikenali sebagai DJ Fuzz, adalah seorang komposer yang dikenali oleh bukan sahaja peminat muzik tanah air, malah popular dikalangan usahawan-usahawan di Malaysia.  

     Bermula sebagai seorang DJ yang telah merangkul pelbagai anugerah seperti Malaysian Pioneer Digital Battle Champion dan lain-lain selama 6 kali berturut-turut, DJ Fuzz juga turut melahirkan beratus DJ generasi baharu di dekad ini. 

     Setelah berada di dalam arena DJ selama 15 tahun, DJ Fuzz mengambil keputusan untuk menumpukan fokus terhadap penciptaan lagu. Bermula dengan muzik hip-hop, kini DJ Fuzz telah menghasilkan lebih daripada 1,000 lagu dari pelbagai genre. Kebanyakkan lagu-lagu hit DJ Fuzz telah berjaya meraih beberapa anugerah seperti AIM, Anugerah MACP dan sebagainya. 

     Beliau bukan sahaja seorang komposer ternama, malah beliau bertanggungjawab dalam melahirkan artis-artis di bawah naungan Mixology Music seperti W.A.R.I.S, Mark Adam, Zizi Kirana dan ramai lagi bintang popular yang bernaung di bawahnya. 

     Bukan itu sahaja, DJ Fuzz turut mengendali syarikat penerbitan muzik Mixology Publishing dan pelbagai perniagaan yang lain.  

     Selain menjadi nama besar dalam industri muzik, DJ Fuzz turut menerbitkan beberapa buah buku yang boleh didapati di semua kedai buku utama di Malaysia. 

     Sejak 2018, DJ Fuzz sibuk menghasilkan beratus lagu-lagu produk untuk usahawan tanah air dalam membantu mereka melaksanakan strategi pemasaran bisnes mereka.  

     Lagu-lagu produk DJ Fuzz sering berkumandang di semua radio Bahasa Melayu di seluruh Malaysia hari ini. 


Service /Price Details
Genre
Hip Hop,Top 40, House, Commercial,Reggaeton
 

Awards and Recognitions
* Playaz/Ecler DJ Championship 2002 (Scratch Champion)
* Malaysian Vestax Extravaganza DJ Championship 2002 (Finalist)
* Malaysian Vestax Extravaganza DJ Championship 2003 & 2004 (Champion)
* Pioneer Digital DJ Battle 2003, 2004 & 2005 (Champion)
* Asian Pioneer Digital Battle 2006 (First Runner up)
* Official Member of the Bum Squad DJz Worldwide (www.bumsquaddjz.com)

Reviewer profile
4.4
  • Talent
  • Attitude
  • Value of Money
  • On Time
Album K.O. The Mixtape oleh DJ Fuzz&Malique merupakan pemenang dalam kategori Album Hip Hop Terbaik di ANUGERAH INDUSTRI MUZIK ke17 pada tahun 2010
by
Reviewer profile
3.7
  • Talent
  • Attitude
  • Value of Money
  • On Time
Lagu Cerita Kedai Kopi oleh DJ Fuzz&Malique feat Salam merupakan calon dalam kategori Lagu Terbaik di ANUGERAH INDUSTRI MUZIK ke17 pada tahun 2010
by